About Me

My photo
Di lahirkan di kg.mahligai,pasir mas,kelantan.Kini melanjutkan pelajaran di UNIMAS dalam ijazah kejuruteraan elektronik (komputer). Masih bujang tau.

.:: Salam Perpaduan ::.

Sekarang ambe sedang menghabiskan minggu2 exam yg baru di permulaan..habisla...otak dah ade kt umah..bestu nak guna otak sape utk exam ni? aduhai....



................................Alhamdulillah...................................
~~ Harap bergunalah Blog ni untuk yg mengunjungi~~

.:: Bagi yg Download Video ::.

Lepas korang downlaod video yg ada 3 file tu,korang kena guna software untuk joinkan file tu jadi 1 file format video.so, leh pegi ke link ini:

http://download.cnet.com/HJ-Split/3000-2248_4-10550267.html

Friday, February 25, 2011

Haq PPVrip 2011.RMBV.Mediafire


Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Language : Malay
Subtitle : English

Pelakon : Zul Huzaimy , Adyputra, Nanu, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar, Zulkifli Ismail, Ammar Adli Bin
               Mohamed Norin, Amirul Adli Bin Mohamed Norin

RMVB  |  R ~ 720 x 544   

DOWNLOAD>>  

Khurafat (2011) [PPVRip] Mediafire

::INFO::
Format          : RMVB
File Name     : Khurafat (2011) PPVRip RMVB
IMDB LINK: http://imdb.com/title/tt1801064/
Genre           : Horror
Runtime        : 80 min
Country        : Malaysia
Language      : Malay
Subtitle         : English

PLOT MOVIE
The story begins with a man named Johan who work at a government hospital as medical assistant and is happily married to his wife Ayshash. Their life was disrupted when Johan’s ex-girlfriend Anna appears and tried to win him back.

::SCREENSHOT RMVB::
PREVIEW SCREENSHOT

::SCREENSHOT AVI::
PREVIEW SCREENSHOT

DOWNLOAD MEDIAFIRE
Avi version

RMVB

Dangerous Shampoo!!!

Banned By Dubai Government!!







Sodium Laureth Sulfate

SLS

CLEAR
, FRUCTIS ,
Vo5
, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Body Shop


All these Shampoos use a chemical called SLS which is actually a floor cleaner. They are used so as to produce more foam

Imagine what a floor cleaner can do to you hair and scalp. It will damage the very roots of your scalp.
Check out for SLS in toothpaste too!!!
Use the ones which are free from this extremely harmful chemical.
Type in 'SLS Free Shampoo' or 'SLS Free Toothpaste' in Google.Com to get a list of companies selling safe products
 
"Attention please..... Please forward to all. This may be helpful for someone..... ...."

Kisah Apartment 60 tingkat..

  Ada tiga orang sahabat..Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.
Ali: Macam mana ni… rumah kita atas sekali pulak tu?
Abu: Aduhhhh… bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?
Mamat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje… kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.
Ali: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.
Ali: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku… bla bla bla bla bla…
Punyalah sedih mereka mendengar cerita si Ali hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil Abu pula bercerita.
Abu: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4orang… bla bla bla bla…
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih… punyalah lama si Abu bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat sajalagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk.
Mamat: Alaaaaaa… korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.
Ali: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?
Mamat: Emmmm… mungkin hari ini dalam sejarah…
Abu: Cerita aje le… kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Mamat: Aku sedih kerana… KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA…. UWAAAAAA….

Wednesday, February 23, 2011

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

-
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

-
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
-
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

-
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin .. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

-
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

'10 AMALAN YANG TERBALIK'

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1.
 Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2.
 Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
 

3..
 Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.
 Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.
 Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.
 Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.
 Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


 


8.
 Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.
 Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.
 Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
 

 

     
Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2.  Malah kebanyakkan sms    emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain.  Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??......  
 
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

Sunday, February 20, 2011

Lukisan selepas lame tak melukis

 Ottomen SF

Ni lukisan yang tercetus idea ketika orang lain dok sibuk mengulang kaji pelajaran...(depan aku je org yg study tuh), aku lak dok melakar depan diorang,mesti diorang cemburu dengan keslumberan aku yang malas nak study nih (patut aku yang kene cemburu dengan diorang sbb aku malas study,ciss!!) ape comment korang.. ?

Bisness yang tumbang

First bisness aku join dah tumbang Royaltyfx. walau pun walaupun br bermodalkan jumlah yang sikit,tapi tetap terasa akan kehilangannya.Yang kedua yang terbaru lak bisness fastrack-inc.Baru sehari dua ni dpt berita..dah rase dah,sbb lain mcm ja perjalanan dia...dah tumbang,yang ni lagi terasa sbb byk gak modal yang di gunekan..

>dah nama lagi bisness pasif,pelbagai kemungkinan ade
>sabar kene de,kalo tak sabar benda burk akan berlaku.

>rezeki itu di tangan allah..kena ingat tu,,,berjaya la tinggi mana pun,akan ada gak part2 kehidupan yg jatuh..lumrah dunia...


P/S: Ape pun kerja yang di lakukan di dunia,jangan lupa niat kerana allah..pasti ada keberkatannya.. Yeay.. ^_^

Dikir Barat Sri Bunga