About Me

My photo
Di lahirkan di kg.mahligai,pasir mas,kelantan.Kini melanjutkan pelajaran di UNIMAS dalam ijazah kejuruteraan elektronik (komputer). Masih bujang tau.

.:: Salam Perpaduan ::.

Sekarang ambe sedang menghabiskan minggu2 exam yg baru di permulaan..habisla...otak dah ade kt umah..bestu nak guna otak sape utk exam ni? aduhai....



................................Alhamdulillah...................................
~~ Harap bergunalah Blog ni untuk yg mengunjungi~~

.:: Bagi yg Download Video ::.

Lepas korang downlaod video yg ada 3 file tu,korang kena guna software untuk joinkan file tu jadi 1 file format video.so, leh pegi ke link ini:

http://download.cnet.com/HJ-Split/3000-2248_4-10550267.html

Saturday, February 19, 2011

Bisness terbaru PARTNERSHIP

 
Partnership v3 adalah susulan daripada v1 dan v2 yang telah dimulakan seawal bulan September 2010.Pada mulanya,v1 dan v2 disertai hampir 40 orang dan menggunakan pelan income mingguan(40% keuntungan sebulan).Kemudian,setelah 3 bulan bertahan,saya berasa lebih yakin dan membuka peluang ini kepada geng2 di facebook dan menjalankan Partnership v3(60% keuntungan sebulan)

Modal : 1 lot RM150
Keuntungan : 120% selepas 2 bulan
Maksimum lot = 20 lot seorang (RM3000) - LATEST UPDATED!

Terdapat 5 orang yang bersama2 saya dalam menggerakkan v3.Dan masing2 ada tugas yang telah ditetapkan.Ini untuk memudahkan pengurusan dana ahli2 v3 berjalan lancar.Kami melakukan perniagaan online dan offline :

Perniagaan Online :

-2kali.com
-Resekisemua
-Goldbucks
-Bisnes Jersey
-Dan lain2


Perniagaan Offline :

-Jualan dinar iraq
-Jualan akaun hosting
-Jualan Antivirus
-Jualan External/Pendrive
-Servis Format Laptop
-Servis Printing/Scanning
-Servis Delivery/Fetching
-Jualan makanan di hostel
-Dan lain2

Pembahagian modal ahli2 v3 :

Cuma 50% dari modal yang digunakan untuk menjana keuntungan bulanan.30%-35% digunakan untuk membeli emas/dinar emas/silver sebagai backup modal ahli.5% untuk bayaran komisyen,5% untuk maintanance dan 5% akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan(zakat/sedekah).

Diharap program Partnership v3 ini dapat memberi kebaikan dan manfaat untuk kita menjana keuntungan bersama2.

Saya sebagai penaja: Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya terus melalui YM, inbox ke FB..yg dah mengenali diri ini bleh sms terus....TQ ^_^

Wednesday, February 16, 2011

Pertandingan Dikir 'Sik Mok Rasuah'


Pada 12 Febuari 2011 UNIMAS dengan bantuan Fakulti Seni Gunaan Kreatif telah menganjurkan program 'Sik Mok Rasuah'peringkat UNIMAS. Salah satu acara yang di pertandingkan adalah Dikir Barat yang di wakili oleh kolej2 yang terdapat di UNIMAS.Antara kolej yang menghantar peserta ialah Kolej Bunga Raya, Kolej Cempaka, Kolej Alamanda dan Kolej Seroja. Lagu yang di bawa mestilah berunsurkan Pencegahan Rasuah. Peserta di beri masa selama 12 minit untuk mempersembahkan kehebatan masing-masing...



Dikir Barat Sri Bunga

asih banyak kesilapan yang berlaku mase pertandingan..almaklumlah,first time dikir barat ni wujud kat Kolej Bunga Raya nih...ni first pengalaman kitorng dan first pengalaman aku sebagai Pemalu rebana ibu dalam pertandingan(selalu main untuk suka2 jer).Sebab pertandingan sebelum ni iaitu di kampung aku hanya jadi awak2 jer..hehe...(kire dah upgread nih)



Rintihan Seorang pejuang seni dikir barat

Tapi apa yang membuatkan kita tak puas hati tentang keputusan yang diberi.Bukan kerana kitorang tak menang atau tak dapat no 1.Tapi kerana keptusan pengadil sememangnya tidak adil dan tak professional.. kerana kumpulan juara tidak membawa lagu yang sepatutnya memenuhi syarat2 wajib dalam setiap pertandingan. Lagu yang di bawa adalah 2 buah lagu 'Juara' yang hanya sedikit sahaja bahagian awak2 yang perlu diikuti dan persembahan di akhiri tanpa karut dan wau bulan sebagai penutup.



Siapakah sebenarnya yang menjadi pengadil dikir barat ini? Saya tak rasa pengadil nih pernah atau kenal apa itu Seni dikir barat...Macam mana mereka mengadili persembahan kami...? Mungkin mereka membuat pemarkahan dengan hanya menilai tarian dan kemerduan suara si 'juara' nya yang kedua-duanya merupakan aweks cun tanpa mengetahui apakah sebenar syarat-syarat pertandingan bagi sesebuah persembahan dikir barat yang sebenar.



Keputusan ini dapat saya simpulkan bahawa, pemenang dikir barat tersebut hanya bleh bertanding dan menjadi juara dalam peringkat UNIMAS sahaja kerana tiada pengadil yang betul2 berpengalaman dalam bidang seni dikir barat ini..dan sekiranya pemenang yang membawa imej dikir barat ala-ala citrawarna ini keluar untuk mencabar kumpulan dikir barat di sarawak ni walau pun dari sekolah rendah, pastinya akan kecundang di gerbang pertandingan lagi jika imej itu yang diorang masih bawa...dikir barat tetap ada tradisi yang perlu dijaga untuk memastikan keasliannya...

~ Yang pastinya,kami pulang dengan rasa kecewa dengan keputusan tersebut~


Pejuang menyusur musuh mendatang,

bertempur gagah elak kecundang,

Di bumi Kenyalang kami berjuang,

Menghidupkan seni budaya nenek moyang,


Tubuh terhiris rebah tersungkur,

Bangun kembali mencapai pedang,

khazanah kelantan Sri UNIMAS mendukung,

Agar tradisi budaya tidak bercabang,


Membawa kekuatan ke noktah penghujung

Kebenaran di tegak kejahatan lawan,

Tradisi dikir kami menyambung,

Mecari ahli bertambah kawan

Sunday, February 13, 2011

Download : MAJALAH PC FEBUARI 2011.pdf


Download>>  mediafire

mee segera


136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.


10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Dikir Barat Sri Bunga