About Me

My photo
Di lahirkan di kg.mahligai,pasir mas,kelantan.Kini melanjutkan pelajaran di UNIMAS dalam ijazah kejuruteraan elektronik (komputer). Masih bujang tau.

.:: Salam Perpaduan ::.

Sekarang ambe sedang menghabiskan minggu2 exam yg baru di permulaan..habisla...otak dah ade kt umah..bestu nak guna otak sape utk exam ni? aduhai....



................................Alhamdulillah...................................
~~ Harap bergunalah Blog ni untuk yg mengunjungi~~

.:: Bagi yg Download Video ::.

Lepas korang downlaod video yg ada 3 file tu,korang kena guna software untuk joinkan file tu jadi 1 file format video.so, leh pegi ke link ini:

http://download.cnet.com/HJ-Split/3000-2248_4-10550267.html

Wednesday, April 27, 2011

AHLI-AHLI YANG TERLIBAT DALAM DIKIR BARAT


Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).

a)   Tukang Karut

Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.

b)   Juara @ Tok Jogho


Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.

c)    Awak-awak


Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.
Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.


No comments:

Post a Comment

Dikir Barat Sri Bunga