About Me

My photo
Di lahirkan di kg.mahligai,pasir mas,kelantan.Kini melanjutkan pelajaran di UNIMAS dalam ijazah kejuruteraan elektronik (komputer). Masih bujang tau.

.:: Salam Perpaduan ::.

Sekarang ambe sedang menghabiskan minggu2 exam yg baru di permulaan..habisla...otak dah ade kt umah..bestu nak guna otak sape utk exam ni? aduhai....



................................Alhamdulillah...................................
~~ Harap bergunalah Blog ni untuk yg mengunjungi~~

.:: Bagi yg Download Video ::.

Lepas korang downlaod video yg ada 3 file tu,korang kena guna software untuk joinkan file tu jadi 1 file format video.so, leh pegi ke link ini:

http://download.cnet.com/HJ-Split/3000-2248_4-10550267.html

Wednesday, February 16, 2011

Pertandingan Dikir 'Sik Mok Rasuah'


Pada 12 Febuari 2011 UNIMAS dengan bantuan Fakulti Seni Gunaan Kreatif telah menganjurkan program 'Sik Mok Rasuah'peringkat UNIMAS. Salah satu acara yang di pertandingkan adalah Dikir Barat yang di wakili oleh kolej2 yang terdapat di UNIMAS.Antara kolej yang menghantar peserta ialah Kolej Bunga Raya, Kolej Cempaka, Kolej Alamanda dan Kolej Seroja. Lagu yang di bawa mestilah berunsurkan Pencegahan Rasuah. Peserta di beri masa selama 12 minit untuk mempersembahkan kehebatan masing-masing...



Dikir Barat Sri Bunga

asih banyak kesilapan yang berlaku mase pertandingan..almaklumlah,first time dikir barat ni wujud kat Kolej Bunga Raya nih...ni first pengalaman kitorng dan first pengalaman aku sebagai Pemalu rebana ibu dalam pertandingan(selalu main untuk suka2 jer).Sebab pertandingan sebelum ni iaitu di kampung aku hanya jadi awak2 jer..hehe...(kire dah upgread nih)



Rintihan Seorang pejuang seni dikir barat

Tapi apa yang membuatkan kita tak puas hati tentang keputusan yang diberi.Bukan kerana kitorang tak menang atau tak dapat no 1.Tapi kerana keptusan pengadil sememangnya tidak adil dan tak professional.. kerana kumpulan juara tidak membawa lagu yang sepatutnya memenuhi syarat2 wajib dalam setiap pertandingan. Lagu yang di bawa adalah 2 buah lagu 'Juara' yang hanya sedikit sahaja bahagian awak2 yang perlu diikuti dan persembahan di akhiri tanpa karut dan wau bulan sebagai penutup.



Siapakah sebenarnya yang menjadi pengadil dikir barat ini? Saya tak rasa pengadil nih pernah atau kenal apa itu Seni dikir barat...Macam mana mereka mengadili persembahan kami...? Mungkin mereka membuat pemarkahan dengan hanya menilai tarian dan kemerduan suara si 'juara' nya yang kedua-duanya merupakan aweks cun tanpa mengetahui apakah sebenar syarat-syarat pertandingan bagi sesebuah persembahan dikir barat yang sebenar.



Keputusan ini dapat saya simpulkan bahawa, pemenang dikir barat tersebut hanya bleh bertanding dan menjadi juara dalam peringkat UNIMAS sahaja kerana tiada pengadil yang betul2 berpengalaman dalam bidang seni dikir barat ini..dan sekiranya pemenang yang membawa imej dikir barat ala-ala citrawarna ini keluar untuk mencabar kumpulan dikir barat di sarawak ni walau pun dari sekolah rendah, pastinya akan kecundang di gerbang pertandingan lagi jika imej itu yang diorang masih bawa...dikir barat tetap ada tradisi yang perlu dijaga untuk memastikan keasliannya...

~ Yang pastinya,kami pulang dengan rasa kecewa dengan keputusan tersebut~


Pejuang menyusur musuh mendatang,

bertempur gagah elak kecundang,

Di bumi Kenyalang kami berjuang,

Menghidupkan seni budaya nenek moyang,


Tubuh terhiris rebah tersungkur,

Bangun kembali mencapai pedang,

khazanah kelantan Sri UNIMAS mendukung,

Agar tradisi budaya tidak bercabang,


Membawa kekuatan ke noktah penghujung

Kebenaran di tegak kejahatan lawan,

Tradisi dikir kami menyambung,

Mecari ahli bertambah kawan

2 comments:

  1. sy ni 'juara' kolej alamanda...ok xdinafikan brc punya performance mmg best..tapi dah kami menang nk buat mcm mne...lagi pun, kami main xcukup alat..kami xde bdk lelaki yang nk join..tapi semangat kami lebih..kami join jgk pertandingan walaupun kami suma pompuan cuma lelaki je main alat muzik...dua2 'juara' bkn org kelantan..tapi sebab nk masuk pertandingan punya pasal dua2 belaja cakap kelantan..so as a conclusion,mungkin sbb tu kot kami menang...judges tgk semangat kami..dri segi kualiti, kami mengaku kami xseberapa..kolej lain lagi best...tapi nk wat cmner dah ni rezeki kami..jadi sy harap, jgn la disebabkan insiden ni berlaku permusuhan antara kolej sy ngan kolej awk..kalah menang adat bertanding..taun depan cuba la lgi...kami suma minta maaf kalu persembahan kami x best..minta maaf sgt2...

    ReplyDelete

Dikir Barat Sri Bunga