About Me

My photo
Di lahirkan di kg.mahligai,pasir mas,kelantan.Kini melanjutkan pelajaran di UNIMAS dalam ijazah kejuruteraan elektronik (komputer). Masih bujang tau.

.:: Salam Perpaduan ::.

Sekarang ambe sedang menghabiskan minggu2 exam yg baru di permulaan..habisla...otak dah ade kt umah..bestu nak guna otak sape utk exam ni? aduhai....



................................Alhamdulillah...................................
~~ Harap bergunalah Blog ni untuk yg mengunjungi~~

.:: Bagi yg Download Video ::.

Lepas korang downlaod video yg ada 3 file tu,korang kena guna software untuk joinkan file tu jadi 1 file format video.so, leh pegi ke link ini:

http://download.cnet.com/HJ-Split/3000-2248_4-10550267.html

Thursday, September 23, 2010

Enjin Carian Baru Tapis Pornografi

WASHINGTON 19 Sept. – Beberapa pihak daripada kumpulan Islam, Kristian dan Yahudi telah mencipta enjin carian di Internet yang mampu membuat tapisan bagi mengelakkan komuniti terbabit menjumpai web yang menyiarkan minuman mengandungi alkohol dan juga pornografi.
Melalui enjin carian di alamat www.imhalal.com itu, jika pengguna menaip perkataan ‘alkohol’, ia akan menghubungkan kepada artikel yang memberi hujah mengapa Islam tidak membenarkan umatnya minum minuman keras itu.
“Kami berpendapat, enjin carian lain yang terdapat di Internet terlalu ‘terbuka’.
“Sebab itu kami mewujudkan enjin carian baru bagi membolehkan pengguna melayari Internet dalam keadaan yang selamat tanpa menjumpai sebarang laman web yang menyiarkan bahan lucah dan haram,” kata pengasas enjin carian Islam I’mHalal, Reza Sardeha.
Jika perkataan ‘pornografi pula ditulis, ia tidak akan menghubungkan penggunanya ke mana-mana laman web, katanya.
Reza yang merupakan warga Kuwait dan berusia 21 tahun berkata, beliau yakin enjin carian ciptaannya itu akan berjaya menarik minat pengguna dari beberapa negara seperti Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat (AS).
“Setiap minggu kami menerima banyak emel daripada pengguna bukan Islam yang suka dengan enjin carian ini dan menyatakan mereka kini rasa lebih selamat setiap kali anak-anak mereka melayari Internet,” jelasnya.
Bagi pengguna beragama Kristian pula, sebuah enjin carian seekfind.org dicipta untuk menghubungkan penggunanya kepada laman web yang tidak menyiarkan perkara bercanggah dengan apa yang diajar oleh kitab Injil.
“Dengan cara itu, anda akan berasa yakin setiap kali menggunakan Internet kerana maklumat yang anda terima tidak bercanggah dengan apa yang disuruh Tuhan,” kata pengasasnya, Shea Houdmann.
Bagi penganut Yahudi pula, sebuah enjin carian yang dikenali sebagai Jewogle dicipta mengambil insprasi daripada enjin carian paling popular iaitu Google.

No comments:

Post a Comment

Dikir Barat Sri Bunga