BERLIN, Jerman – Firma Korea Selatan, Samsung Electronik semalam mempamerkan sebuah komputer terbaru dikenali sebagai Galaxy Tab bagi menyaingi populariti komputer iPad keluaran Apple Inc.
Eksekutif Telekom Eropah Samsung, Thomas Richter pada pameran kepenggunaan elektronik terbesar di dunia anjuran Pertunjukan Radio Berlin (IFA) di sini menyatakan, gajet tersebut menawarkan kemudahan sidang video bergerak dan perbualan video selain fungsi Bluetooth, Wi – Fi dan rangkaian telefon pintar 3G.
Menurutnya, komputer keping nipis itu seberat 380 gram dan dilengkapi
skrin sentuh 18 sentimeter iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada skrin telefon pintar iPhone tetapi kira-kira satu pertiga lebih kecil berbanding skrin iPad.
KOMPUTER Galaxy Tab (kanan) dan komputer iPad (kiri).
Gajet berkenaan akan membolehkan pengguna melayari Internet dan membuka e-mel sama seperti sebuah komputer biasa, tambahnya.
“Komputer keping Samsung Galaxy direka untuk membolehkan pengguna memaksimumkan pengalaman dalam talian mereka di mana sahaja mereka berada,” kata ketua perniagaan telekom Samsung, J.K. Shin.
SEORANG lelaki merakamkan gambar seorang wanita dengan komputer Galaxy Tab di pertunjukan Radio Berlin, Jerman semalam.
No comments:
Post a Comment